comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Harimau kumbang ditemui mati dilanggar

 

Oleh Nini Shahira

PETALING JAYA: Seekor harimau kumbang ditemui mati dipercayai dilanggar kenderaan persendirian di Bukit Tangga, Jelebu, petang tadi.

Menurut Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN), laporan kejadian diterima pihaknya jam 2 petang tadi.

Pengarahnya, Nurul Ermi Ramli berkata Harimau kumbang jantan dewasa dianggarkan seberat 40 kilogram itu telah ditemui mati.

“Harimau kumbang jantan itu dilanggar kenderaan persendirian dan ditemui mati di dalam longkang berdekatan jalan itu,” katanya ketika dihubungi Buletin TV3.

Insiden itu tular di media sosial petang tadi dimana rakaman video berdurasi 26 saat menunjukkan seekor harimau kumbang ditemui cedera di tengah jalan, bagaimanapun PERHILITAN mengesahkan haiwan tersebut sudah tidak bernyawa.

Terdahulu Ketua Polis Daerah Jelebu, Deputi Superintenden Maslan Udin dalam kenyataan berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 2 petang itu, seorang lelaki berusia 38 tahun sedang memandu MPV jenis Honda Odyssey dari arah Seremban ke Kuala Klawang bersama keluarga.

Menurutnya, ketika melalui selekoh kanan menuruni bukit di lokasi tersebut, secara tiba-tiba seekor harimau kumbang melintas dari arah kanan jalan.

“Pada masa yang sama pemandu sempat menekan brek tetapi terlanggar juga harimau kumbang tersebut. Selepas perlanggaran tersebut, harimau kumbang itu kemudiannya bergerak ke longkang berhampiran yang terletak kira-kira empat meter lalu mati di lokasi tersebut,” katanya.

Loading...
Terkini