Tumpuan :
Nasional

Hari Terbuka Parlimen: Ruang rakyat kenali peranan dan simbol demokrasi negara

Orang ramai berpusu-pusu beratur untuk masuk ke Dewan Rakyat

Oleh Nur Ain Zulfah Yahya

KUALA LUMPUR: Buat julung kalinya, Parlimen Malaysia dibuka secara besar-besaran kepada orang ramai dengan bertemakan “Merakyatkan Parlimen, Warisan Negara”.

Pastinya membangkit teruja pengunjung yang hadir apabila berpeluang menjejakkan kaki di bangunan bersejarah yang menjadi simbol amalan demokrasi berparlimen di negara ini.

Sekretariat Hari Terbuka Parlimen Malaysia 2023, Muhamad Zhafry Hakim Abu Khair,

Menurut Sekretariat Hari Terbuka Parlimen Malaysia 2023, Muhamad Zhafry Hakim Abu Khair, peluang yang diberikan kepada orang ramai untuk melawat Parlimen adalah melalui lawatan berpandu yang diadakan.

“Pihak Parlimen Malaysia membuka pintu kepada kedua-dua belah dewan, jadi mereka selama ini melihat di kaca televisyen dapat masuk ke Dewan Negara dan Dewan Rakyat dengan lawatan berpandu yang kami adakan dan ini antara tarikan sangat diorang (mereka) sangat ingin melihat nak masuk nak tahu.”

Tambah beliau, menerusi hari terbuka yang diadakan selama dua hari ini ia secara tidak langsung merapatkan jurang perkauman rakyat di Malaysia.

“Seiring dan sehaluan dengan dasar yang digagaskan oleh YB Perdana Menteri kita baru-baru ini iaitu kerajaan Malaysia Madani, dengan konsep gagasan ini kita dapat menyatupadukan semua rakyat Malaysia untuk hadir ke parlimen Malaysia untuk mengetahui, mempelajari diberikan pendedahan mengenai apa itu fungsi legislatif parlimen Malaysia.”

“Institusi parlimen merupakan di bawah cabang legislatif jadi mereka akan tahu, mereka)akan recap balik tahu di mana oh inilah tempat penggubalan undang-undang yang telah dibuat untuk disedari bermula di sini, jadi di sini salah satu mungkin yang akan memberi kesedaran konsep ini mereka akan tahu ok parlimen lah bermulanya penggubalan undang-undang, so (jadi) selaras dengan hasrat kerajaan kita di mana Malaysia madani menyatupadukan rakyat Malaysia dari segi aspek perpaduan.”

“Jadi kita lihatlah ke hari ini dan semalam pelbagai lapisan masyarakat dan bangsa dan agama yang hadir, ada juga pelancong luar asing datang,” katanya kepada Buletin TV3.

Ahmad Rafiquddin Mohd Amran, 41

Dalam pada itu, pengunjung yang hadir, Ahmad Rafiquddin Mohd Amran, 41, berkata program yang dilaksanakan dapat menambah ilmu pengetahuan baru kepada dirinya.

Orang ramai mendengar taklimat oleh petugas parlimen mengenai Dewan Rakyat
Orang ramai mendengar taklimat oleh petugas parlimen mengenai Dewan Rakyat

“Alhamdulilah hari ni dapat kenal dengan lebih dekat parlimen Malaysia, Dewan Rakyat, Dewan Negara, dan saya rasa dia satu program yang informatif sebab selama ini kita hanya dapat lihat melalui kaca TV, melalui berita sahaja tapi hari ni kita dapat tengok dengan lebih dekat lagi suasana bagaimana ahli parlimen kita, YB-YB kita bertugas, bekerja berkhidmat untuk negara dan rakyat pada setiap hari.”

Sementara itu, pekerja swasta, Shum Keng Yan, 52, teruja apabila berpeluang menjejakkan kaki di bangunan bersejarah yang menjadi simbol amalan demokrasi berparlimen di negara ini.

“Sudah 30 tahun saya menyimpan impian untuk menjejakkan kaki di parlimen, akhirnya dapat juga.

“Sebelum ini saya cuma baca buku dan saksi di televisyen, tetapi kali ini dapat melihat tempat ini dan memang puas hati. Saya berkesempatan melawat Dewan Negara dan Dewan Rakyat,” katanya.

Orang ramai mangambil peluang merakamkan kenangan dalam dewan parlimen.

Pelajar Kolej Tingkatan Enam Desa Mahkota di sini, Ahmad Aliff Sofi Ahmat, 19, berkata menerusi penganjuran hari terbuka itu, pelajar sepertinya dapat mengenali badan legislatif Malaysia dengan lebih mendalam khususnya matlamat Dewan Rakyat dan Dewan Negara.

“Saya dapat melihat lebih dekat proses pentadbiran negara serta apa yang wakil rakyat kita buat di parlimen,” katanya.

Loading...
Terkini