Tumpuan :
Nasional

Hari Terbuka Parlimen: Orang ramai ambil peluang bayar saman

Oleh Nur Ain Zulfah Yahya

KUALA LUMPUR: Pembukaan kaunter bayaran saman Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada Hari Terbuka Parlimen Malaysia 2023 yang berlangsung selama dua hari ini disambut meriah oleh pengunjung.

Menurut PDRM kepada Buletin TV3 ketika meninjau kaunter terbabit, sebanyak 250 bayaran saman diselesaikan pengunjung sepanjang dua hari pembukaan kaunter bayaran saman itu.

Tamilyarasi Munandy, 45

Salah seorang pengunjung Hari Terbuka, Tamilyarasi Munandy, 45, antara yang mengambil kesempatan ini memeriksa saman yang tertunggak dan membayarnya segera.

“Memang amat bermanfaat sekali, sambil melihat pameran saya dapat check (periksa) saya punya saman di sini. Baguslah kerana ini memang masa yang sesuai, ada booth-booth macam PDRM ini, dapat kita check saman-saman kita dan boleh bayar terus dekat sini, senang.”

Tambah Tamilyarasi, dia amat berterima kasih kepada pihak PDRM kerana menawarkan kadar khas bayaran saman RM50 kepada rakyat.

“Saya betul-betul terima kasih kepada PDRM, mereka kurangkan jumlah saman dan bagi ‘flat rate’ RM50 tu, boleh kita ‘settle’ saman semua sekali, tak terbeban sangat. Dengan kadar RM50 ringgit ni membantulah, kita boleh settle semua saman hari ini.”

Siti Fazlina Dollah @ Abdullah, 35

Dalam pada itu, seorang lagi pengunjung Siti Fazlina Dollah @ Abdullah, 35, turut memberi saranan kepada pihak PDRM untuk mengkaji semula hukuman kesalahan mandatori jalan raya.

“Kalau dari pihak saya, kurangkan yang mandatori tulah sebabkan mandatori setakat ni kan kena bayar full (penuh), untuk masa akan datang kalau boleh mandatori tu dikaji balik dan dikurangkan lagi samannya.”

Terdahulu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan kadar khas bayaran saman trafik PDRM dilaksanakan selama sebulan sehingga 21 Mei depan dengan kadar harga RM50.

Loading...
Terkini