Oleh: Zulfakhri Shamsul Ariffin
BANGI: Pusat Pengurusan Trafik Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) menjangkakan aliran trafik yang sesak bermula tengah hari sehingga lewat malam hari ini susulan cuti perayaan Hari Natal dan cuti hujung tahun.
Penolong Pengarahnya, Ahmad Kamil Abdul Halim, berkata peningkatan itu dijangka akan berlaku ekoran hari ini merupakan hari terakhir pemberian tol percuma oleh kerajaan.
“Sehingga hari ini, kita menjangkakan trafik mungkin akan meningkat pada petang ini sehingga malam ini sebab hari ini merupakan hari terakhir untuk pemberian tol percuma kepada pengguna Lebuhraya PLUS 1, kita akan dapati peningkatan ini akan bermula petang ini dan sehingga larut malam.
“Berdasarkan Pusat Pengurusan Trafik LLM pada 23 Disember berlaku peningkatan sebanyak 4.25% atau bersamaa dengan 2.37 juta kenderaan berbanding 22 Disember sebanhyak 2.2 juta kenderaan.
“Walau bagaimanapun, jumlah-jumlah trafik yang direkodkan tertinggi pada hari sabtu 21 Disember sebanyak 2.522 juta kenderaan (di lebuhraya-lebuhraya utama),” katanya kepada Buletin TV3.
Beliau turut memaklumkan, pihaknya menjangkakan sebanyak 2.55 juta pengguna sehari di lebuhraya utama seluruh negara sepanjang musim perayaan ini.
Justeru, beliau mengingatkan orang ramai untuk membuat persediaan rapi dan memastikan kenderaan berada dalam keadaan terbaik sebelum memulakan perjalanan.
“LLM memohon pengguna lebuhraya sentiasa berhati-hati dalam perjalana dan pastikan semua perkara-perkara dan kenderaan dalam keadaan yang baik.
“LLM sentiasa sentiasa mendoakan agar tuan-tuan selamt dalam perjalanan dan selamt sampai ke destinasi yang dituju.
“Ingat, lebuhraya bukan tempat untuk berlumba dan ingatlah insan yangg tersayang yang sedang menanti kepulangan kita,” tegasnya
Mengulas lanjut, beliau berkata, setakat semalam lebih 300 kes kemalangan direkodkan bermula Jumaat lalu.
Kes tertinggi sebanyak 94 direkodkan pada Jumaat, Sabtudengan 90 kes, Ahad mencatatkan 55 kes dan Isnin sebanyak 70 kes kemalangan yang direkodkan.
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.