Tumpuan :
Nasional

Hari Polis ke-216 : 34 individu terima anugerah dan sijil penghargaan

Oleh: Kumaran Rajamoney

ALOR SETAR: Sambutan Hari Polis Ke-216 di Kedah yang diadakan di Dataran Kad Ibu Pejabat Polis Kontijen (IPK) Kedah menyaksikan 34 individu diberikan penganugerahan dan sijil penghargaan Ketua Polis Kedah.

Penganugerahan itu disampaikan oleh Timbalan Ketua Polis negeri, Datuk Mohd Roze Shaari.

Anugerah itu antara lain termasuk Anugerah Integriti, Friend of Police, Pesara Polis dan Persatuan Keluarga Polis (PERKEP).

Terdahulu, sambutan dimulakan dengan pemeriksaan kawalan kehormat oleh Datuk Mohd Roze.

Majlis diteruskan dengan nyanyian lagu ‘Negaraku’, ‘Allah Selamat Sultan’ dan ‘Sang Saka Biru’ serta bacaan ikrar sebelum perutusan Ketua Polis Negara dibacakan oleh Timbalan Ketua Polis Kedah.

Tetamu kemudiannya dipersembahkan dengan gimik penyelamatan mangsa tebusan oleh sekumpulan anggota Jabatan Siasatan Jenayah (CID) bersama anjing Unit K9 ‘Goran’ sebelum diakhiri dengan penurunan kain rentang Sambutan Hari Polis sebesar 54 kaki.

Loading...
Terkini