comscore
Tumpuan :
Nasional

Hari Peneroka FELDA berlangsung tiga hari, luar daripada kelaziman – Fahmi

Oleh: Wan Zairul Azri Wan Mohammad Sudin

PUTRAJAYA: Buat julung kalinya, Hari Peneroka FELDA 2024 akan berlangsung tiga hari, iaitu luar daripada kelaziman selama sehari.

Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Fahmi Fadzil berkata, program akan bermula dari 12 hingga 14 Julai di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS) Serdang.

Menurutnya, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim turut dijadual menghadiri majlis perasmian sambutan pada 13 Julai.

“Ini adalah julung kali sambutan Hari Peneroka FELDA diadakan bukan satu hari tetapi tiga hari dan akan mengumpulkan peneroka, bekas pegawai FELDA dari seluruh negara untuk pelbagai acara dan pengisian sepanjang tiga hari,” katanya pada sidang media, di sini hari ini.

Tambahnya, terdapat 68 aktiviti disediakan membabitkan 12 kluster termasuk 1,000 gerai jualan usahawan dan pameran serta 317 gerai makanan dari kesemua rancangan FELDA.

“FELDA antara lain akan bekerjasama dengan KUSKOP (Kementerian Pembangunan Usahawan Dan Koperasi) untuk mengadakan pameran mini usahawan desa termasuk usahawan kecil,” katanya.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa

Loading...
Terkini