Tumpuan :
Nasional

Hari Pendidikan Antarabangsa 2023 UNESCO: Malaysia komited dalam memperkasakan sistem pendidikan

Oleh Shuhadah Marzuki

PETALING JAYA: Malaysia sentiasa komited dalam memperkasakan sistem pendidikan negara untuk memastikan ia saksama, inklusif, relevan dan berdaya tahan.

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, pelbagai inisiatif telah, sedang dan akan dilaksanakan agar setiap anak di negara ini tidak tercicir untuk mendapatkan pendidikan.

Presiden Suruhanjaya Kebangsaan UNESCO Malaysia itu juga berkata, selari dengan tema Hari Pendidikan Antarabangsa kali ke lima, ‘To Invest in People, Prioritize Education’, kementerian telah mengambil langkah mengaktifkan semula Majlis Penasihat Pendidikan Kebangsaan, (MPPK) sesi 2023-2025.

Pengaktifan semula MPPK itu sebagai usaha menghimpun idea dan pandangan dalam merangka dan menambah baik hala tuju pendidikan negara.

“Pada tahun 2013, kita memperkenalkan Pelan Pembangunan Pendidikan yang menggariskan rangka kerja komprehensif selama 12 tahun untuk transformasi sistem pendidikan yang mampan.

“Usaha itu juga selaras untuk mencapai SDG4-EDUCATION 2030. Selain itu, Malaysia mengaktifkan semula Majlis Penasihat Pendidikan, sebagai usaha menghimpun idea dan tindakan dengan matlamat untuk menambah baik sistem pendidikan negara,’’ katanya.

Selain itu, Kementerian Pendidikan (KPM) juga memberi tumpuan kepada pembangunan pembelajaran awal kanak-kanak sebagai usaha mengurangkan isu keciciran murid.

Disamping itu, KPM kini memberi tumpuan kepada karamah insaniah dan pembentukan murid beradab, berakhlak dan berintegriti selari dalam membentuk Anak yang Baik lagi Cerdik, (ABC)

KPM juga berhasrat memupuk ekosistem pendidikan yang harmoni merangkumi ‘murid ceria, guru bahagia, sekolah bitara dan negara sejahtera.

Kementerian turut tidak ketinggalan dalam usaha memperkukuhkan rangka kerja dasar pendidikan digital.

KPM akan terus menaik taraf infrastruktur ICT setiap sekolah serta merapatkan jurang digital terutama dalam kalangan murid kurang bernasb baik serta yang berada di kawasan terpencil.

Loading...
Terkini