Oleh: Juliana Sharin
PUTRAJAYA: Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah berkenan berangkat ke Sambutan Hari Kebangsaan 2024 di Dataran Putrajaya.
Keberangkatan tiba Seri Paduka Baginda pada 8 pagi disambut Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah berkenan berangkat ke Sambutan Hari Kebangsaan 2024 di Dataran Putrajaya. pic.twitter.com/ZK2JfakHvz
— Buletin TV3 (@BuletinTV3) August 31, 2024
Sambutan Hari Kebangsaan ke-67 dengan tema ‘Malaysia MADANI: Jiwa Merdeka’, di pekarangan Dataran Putrajaya mula dipenuhi orang ramai sejak tengah malam tadi.
Manakala dif-dif kehormat, diplomat dan perwakilan asing mulai tiba di lokasi 6.30 pagi.
Sambutan kemuncak itu menyajikan perbarisan dan perarakan melibatkan lebih 17,000 peserta, 59 kontinjen, 24 pasukan pancaragam serta 439 aset ketenteraan.
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.