comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Hari Kebangsaan 2024: Sambutan di Dataran Putrajaya berlangsung 8 pagi ini

FOTO: NSTP

PUTRAJAYA: Pekarangan Dataran Putrajaya di sini mula dipenuhi orang ramai sejak tengah malam tadi bagi menyaksikan Sambutan Hari Kebangsaan 2024 yang berlangsung 8 pagi ini.

Semangat menyambut detik bersejarah ini dapat dilihat apabila ada pengunjung sanggup ‘berkampung’ di kawasan dataran sejak malam tadi bagi memastikan mereka mendapat tempat terbaik untuk melihat perarakan serta persembahan menarik sempena sambutan tahun ini.

Bukan hanya laluan utama perarakan, tempat duduk awam bertingkat yang disediakan khas juga mula dipenuhi orang ramai sebaik sahaja dibuka secara berperingkat pada 3.30 pagi.

FOTO: NSTP

Sekitar 6.30 pagi, dif-dif kehormat, diplomat dan perwakilan asing mulai tiba di lokasi. – BERNAMA

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini