Tumpuan :
Nasional

Harga RON95, RON97, diesel di seluruh negara kekal

Foto hiasan

KUALA LUMPUR: Harga runcit petrol RON97 dan RON95 di seluruh negara masing-masing kekal pada paras RM3.43 dan RM2.05 seliter bagi tempoh 13 hingga 19 Februari ini.

Kementerian Kewangan (MoF) dalam kenyataan hari ini memaklumkan harga runcit diesel di Semenanjung juga kekal pada paras RM3.18 seliter, sementara harga runcit diesel di Sabah, Sarawak dan Labuan tidak berubah iaitu RM2.15 seliter bagi tempoh sama.

“Kerajaan akan terus memantau perkembangan pasaran dan menyelaras harga runcit RON97 dan diesel dengan mengambil kira pergerakan harga pasaran minyak dan juga menyokong kestabilan harga,” katanya.

MOF berkata, harga itu ditetapkan berdasarkan harga runcit mingguan produk petroleum menggunakan formula Mekanisme Harga Automatik (APM).

Kerajaan juga akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini