comscore
Tumpuan :
Nasional

‘Harap suatu hari Kelantan ada pawagam’ – TS Jeffry

KOTA BHARU: Meskipun Kelantan tidak memiliki panggung wayang gambar (pawagam), sejak 20 tahun lalu, namun ia tidak mematahkan semangat anak seni Kelantan untuk terus menanti impian itu menjadi kenyataan.

Itu harapan pengarah dan penerbit, Datuk TS Jeffry yang mana beliau berharap Kelantan akan mengikut jejak langkah Terengganu dan negeri-negeri lain.

Walaupun negeri jatinya tidak mempunyai pawagam, Jeffry tetap meneruskan minatnya untuk berkarya dalam bidang seni yang telah diceburinya sejak lebih 30 tahun lalu.

Naskah terbaharunya anak kelahiran Pasir Mas ini mempertaruhkan filem terbaharu arahannya iaitu, Mar Rak yang akan ditayangkan di seluruh pawagam pada 2 November depan.

Jelasnya pihaknya akan berbincang dengan kerajaan negeri agar filem Mar Rak ditayangkan di dewan Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negeri Kelantan dengan mengikut syarat ditetapkan.

Sementara itu seorang guru agama dan usahawan Muhammad Amar Mirza yang mengasaskan laman sesawang sekolah pengajian pondok Bedaie.com di Kelantan berkata buat masa ini ramai pelakon anak Kelantan aktif di bidang seni tanah air dan berharap panggung wayang patuh syariah perlu wujud di negeri itu tanpa perlu ke negeri Terengganu untuk menyaksikan sebuah filem.

Sebelum ini media melaporkan pemimpin PAS mungkin akan membuka semula panggung wayang di Kelantan tidak lama lagi selepas kerajaan negeri berkata bahawa usaha untuk berbuat demikian adalah “sangat positif”.

Menteri Besar negeri Kelantan Datuk Ahmad Yakob ketika itu, berkata kerajaan negeri masih dalam perbincangan mengenai cadangan untuk membuka semula panggung wayang di Kelantan, sambil menambah ia akan dilakukan secara berperingkat.

Loading...
Terkini