Tumpuan :
Nasional

Harap kebenaran akan terbukti – Datuk Malik

Foto tangkap layar

Oleh: Siti Khadijah Jaafar

PETALING JAYA: Ketua Pegawai Eksekutif Malik Streams Corporation, Datuk Abdul Malik Dasthigeer atau lebih dikenali sebagai Datuk Malik mengesahkan telah dipanggil Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk membantu siasatan berhubung beberapa dakwaan termasuk rasuah dan pecah amanah.

Beliau juga memberi jaminan untuk bekerjasama sepenuhnya kepada SPRM dalam menyalurkan sebarang maklumat yang diperlukan.

Perkara itu dimaklumkan menerusi rakaman video yang dimuat naik di akaun Instagramnya pagi tadi.

Turut bersama beliau adalah peguamnya, Datuk David.

“Assalamualaikum, alhamdulilah saya kini berada di pejabat peguam saya, Datuk David. SPRM telah panggil saya untuk siasatan baru-baru ini. Saya juga telah berikan kerjasama yang baik sepanjang siasatan dan berikan kesemua maklumat yang diminta daripada saya.

“Saya cukup berterima kasih dan terharu dengan doa semua selama beberapa hari ini. Kita doakan yang terbaik dalam kes. Harap akan penyelesaian dan saya akan terus bekerjasama jika ada apa-apa. Saya harap keadilan akan membuktikan kebenarannya,”

Peguam beliau juga memberi jaminan bahawa Datuk Malik akan memberi kerjasama sepenuhnya kepada SPRM dan berharap satu keputusan positif akan diperoleh dalam kes ini.

Datuk Malik difahamkan ditahan SPRM baru-baru ini di bawah Akta Pencegahan Penggubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLA).

Beliau yang juga pengasas dan pengerusi Malik Group of Companies terkenal kerana kerap membawa artis dari India untuk mengadakan konsert Tamil di negara ini.

Syarikat-syarikat dimiliki termasuk Malik Streams Corporation Sdn Bhd, Malik Maju Sdn Bhd, Malik Streams Properties Sdn Bhd, Malik Streams Antenna Movies Sdn Bhd, dan Malik Streams Production & Distribution.

Loading...
Terkini