PETALING JAYA: Kementerian Pertahanan menjelaskan hanya remaja perlu menjalani Program Latihan Khidmat Negara (PLKN).
Pelatih akan dipilih mengikut tahun kelahiran. Sebagai contoh, sekiranya PLKN 3.0 dilaksanakan pada tahun 2024, maka remaja yang hanya lahir pada tahun 2007 akan dipanggil untuk menjalani latihan tersebut.
Bagaimanapun, jika pelatih yang dipilih tidak dapat menyertai latihan khidmat negara atas sebab dibenarkan, mereka boleh memohon penangguhan.
“Had maksimum untuk menjadi pelatih adalah sehingga umur 35 tahun,” katanya dalam kenyataan.
Kerajaan sebelum ini, secara dasarnya telah bersetuju untuk memperkenalkan semula PLKN dengan kaedah yang baharu, PLKN 3.0 selaras dengan Akta Latihan Khidmat Negara 2003 (Akta 628).