JOHOR BAHRU: Siasatan berhubung insiden serangan berdarah Balai Polis Ulu Tiram masih giat dijalankan.
Ketua Polis Johor, Komisioner M Kumar berkata, hanya tujuh individu kekal direman dan disiasat berhubung kes itu setakat ini.
“Setakat ini, tujuh individu masih ditahan reman. Siasatan kes ini masih diteruskan.
“Sekiranya ada perkembangan baharu, kita akan maklumkan. Sehingga itu, beri ruang untuk polis jalankan siasatan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Sabtu lalu, tujuh individu direman tujuh hari bagi membantu siasatan serangan di Balai Polis Ulu Tiram, di sini, awal pagi Jumaat lalu.
Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Tujuh individu terbabit termasuk lima anggota keluarga suspek berusia lingkungan 19 hingga 62 tahun, yang ditahan sejak Jumaat lalu, susulan serbuan dilakukan di kediaman keluarga suspek awal selepas kejadian berlaku.
Turut direman, dua pelajar institut pengajian tinggi (IPT) yang hadir di balai polis sebelum kejadian, juga dipercayai mempunyai kaitan dalam kes berkenaan.
Dalam kejadian serangan pada 2.54 pagi semalam, tiga disahkan maut iaitu dua anggota polis masing-masing berusia 22 dan 24 tahun serta suspek yang berusia 21 tahun, manakala seorang lagi anggota pasukan keselamatan itu cedera.
Konstabel Ahmad Azza Fahmi Azhar, 22, dan Konstabel Muhamad Syafiq Ahmad Said, 24, maut dalam kejadian.
Koperal Mohd Hasif Roslan yang dilaporkan parah kini stabil dan masih dirawat di Hospital Sultan Ismail (HSI), di sini.
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.
| ARTIKEL BERKAITAN
- Serangan Balai Polis Ulu Tiram: 500 hadiri solat jenazah dua anggota terkorban
- Gerakan JI di negara ini masih terkawal – Saifuddin Nasution
- Suspek serangan Balai Polis Ulu Tiram bertindak sendirian, tiada kaitan kumpulan terancang
- Polis siasat ancaman Jemaah Islamiyah dalam negara
- “Bapa mana yang tak sedih apabila anak terkorban dalam keadaan begini….”
- ‘Saya reda dengan ketentuan’ – Bapa Allahyarham Konstabel Muhamad Syafiq
- 15 tahun selepas Noordin Mohd Top disemadikan Jemaah Islamiyah muncul kembali di Ulu Tiram
- ‘Ami, terima kasih jadi anak yang baik’
- Polis tolak anggapan akan berlaku serangan di lokasi lain
- 2 pelajar IPT ditahan, disiasat pembabitan dalam kes serangan balai polis
- Suspek serang balai polis sudah buat persediaan awal – KPN
- Lelaki bertopeng serang Balai Polis Ulu Tiram