Tumpuan :
Nasional

Hanya 2 jalan ditutup di Kota Tinggi akibat banjir

Antara kawasan di Kota Tinggi yang dinaiki air akibat hujan berterusan. FOTO NSTP

ISKANDAR PUTERI: Hanya dua jalan di daerah Kota Tinggi ditutup untuk laluan kenderaan ketika ini berikutan banjir masih lagi belum surut.

Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, dua laluan yang terjejas itu melibatkan Jalan Mawai Lama dan Jalan Tanjung Sedili.

“Sehingga pukul 12 tengah hari tadi masih dinaiki air. Kita berharap banjir semakin surut dan bencana (kerugian atau kerosakan harta benda) boleh dikurangkan.

“Negeri terlibat (dengan penutupan jalan) hanya di Johor iaitu di daerah Kota Tinggi,” katanya pada sidang media selepas Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Kontraktor Bumiputera Kelas F (PerkobF) Cawangan Johor di Millesime Hotel di sini hari ini.

Semalam, media melaporkan sebanyak 10 jalan di daerah ini terputus hubungan akibat banjir berikutan hujan lebat yang melanda sejak pagi kelmarin.

Ketika ini, jalan yang sebelum ini ditutup akibat dinaiki air sudah dibuka kepada semua kenderaan termasuk kenderaan ringan.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini