Tumpuan :
Nasional

Hanifah Hajar tidak sempat undi Speaker, lewat tiba kerana masalah kesihatan

Hanifah Hajar Taib mengangkat sumpah Ahli Parlimen.

PETALING JAYA: Timbalan Menteri Ekonomi, Datuk Hanifah Hajar Taib, tidak sempat mengundi bagi memilih Speaker Dewan Rakyat hari ini, kerana tiba lewat berikutan masalah kesihatan.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof, berkata Hanifah tidak sihat awal hari ini menyebabkan beliau tiba lewat ke persidangan.

“Beliau kini berada di Dewan Rakyat tetapi tidak sempat mengundi (Speaker),” kata Fadillah dipetik portal Free Malaysia Today.

Speaker Dewan Rakyat, Datuk Johari Abdul mendapat 147 undi hari ini manakala calon dari pihak pembangkang, Datuk Radzi Sheikh Ahmad mendapat 74 undi.

Johari menggantikan Tan Sri Azhar Azizan Harun.

Bagaimanapun, Hanifah yang juga Ahli Parlimen Mukah di bawah Gabungan Parti Sarawak (GPS) hadir untuk mengangkat sumpah Ahli Parlimen.

Loading...
Terkini