Oleh: Aslina Abu Bakar
KUALA LUMPUR: Konsert Apresiasi Irama Keroncong Malaysia bakal membawa generasi muda dan lama membuai kenangan silam irama lagu yang pernah ada dalam masyarakat tempatan sejak akhir abad ke 19.
Pementasan yang bakal dipentaskan di Istana Budaya pada 5 dan 6 Ogos depan bertujuan menarik minat lebih ramai generasi muda.
Penganjur, Mahzam Manan daripada Irama Studios, berkata lagu keroncong mempunyai keunikan dan keistimewaan tersendiri.
Jelasnya, projek dengan kerjasama Kementerian Komunikasi dan Digital ini juga bakal membawa evolusi 16 lagu, sepanjang satu jam 30 minit konsert berlangsung.
“Saya bila kita letakkan penyanyi lagenda, Datuk Awie dan pelapis baharu seperti Han Byul ia akan memberi kelainan dan dapat menarik lebih ramai generasi muda untuk mendengar muzik Keroncong.gu kerocong.
“Sedang orang lama dibuai kenangan silam, yang muda pula terdorong menggali lebih tentang khazanah warisan muzik Melayu yang sebelum ini tidak pernah difikirkan.
“Kesemua artis yang terlibat pada malam konsert berkenaan akan diiringi pemuzik yang cukup berprofilik dari Orkestra Keroncong Irama Perindu,”katanya.
Antara artis lain yang turut serta termasuk Datuk Yusni Hamid, Datuk Khadijah Ibrahim, dan pelapis baharu Rasyidah Abd Rahim, Rizal Ahmad dan Jamilah Abu Bakar.