Tumpuan :
Nasional

Hampir setengah jam tersepit ketika bermain di taska

Oleh: Shuhadah Marzuki

PETALING JAYA: Seorang budak lelaki berusia lima tahun tersepit pada tangga permainan kira-kira 25 minit sebelum diselamatkan pasukan bomba.

Kejadian berlaku sekitar jam 9.38 pagi di sebuah taska di Bandar Tasik Puteri, Rawang menyebabkan sepasukan anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Batu Arang berkejar ke lokasi untuk menyelamatkan mangsa.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata kejadian berlaku ketika kanak-kanak itu sedang bermain bersama kanak-kanak lain di pusat asuhan berkenaan.

“Pihak bomba dihubungi selepas cubaan guru di pusat asuhan terbabit untuk mengeluarkan kanak-kanak itu dari celahan tangga, gagal.” katanya dalam kenyataan.

Anggota bomba mengambil masa lima minit untuk mengeluarkan kanak-kanak malang itu dan tiada kecederaan dikesan.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini