PETALING JAYA: Kira-kira 51% pengundi berdaftar telah keluar mengundi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri setakat jam 2 petang ini, menurut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
Kedah dan Terengganu masing-masing mencatat peratusan keluar mengundi 56 peratus, Pulau Pinang (53%), Selangor (51%), Negeri Sembilan (49%), dan Kelantan (45%).
Dalam pada itu, PRK Kuala Terengganu merekodkan 52 peratus pengundi keluar menunaikan tanggungjawab mereka setakat ini.
Seramai 570 calon, daripada sembilan parti dan 41 calon bebas bertanding pada PRN kali ini untuk merebut 245 kerusi Dewan Undangan Negeri.
Keseluruhannya, 9,773,571 pengundi berdaftar layak memilih pada PRN Selangor, Negeri Sembilan, Kedah, Pulau Pinang, Kelantan, dan Terengganu.