comscore
Tumpuan :
Nasional

Hampir 100,000 petani dan penternak terjejas di Johor

SEGAMAT: Dianggarkan hampir 100,000 petani dan penternak di Johor terjejas akibat banjir yang melanda negeri itu sejak 1 Mac lalu.

EXCO Johor, Datuk Zahari Sarip berkata, kerajaan negeri akan memohon peruntukan daripada tabung bencana pertanian sekitar RM80 juta daripada Kementerian Pertanian dan Industri Makanan, bagi membantu golongan itu.
Katanya, mengikut rekod seramai 93,000 petani berdaftar dengan Jabatan Pertanian Johor, termasuk 9,000 petani di Segamat.

Manakala jumlah penternak yang berdaftar dengan jabatan veterinar dianggarkan hampir 10,000 orang.

Katanya semua pihak dalam sektor pertanian yang terjejas diminta segera membuat laporan rasmi kepada agensi berkaitan, selepas situasi banjir reda.

Beliau yang juga ADUN Buluh Kasap, ditemui selepas meninjau mangsa banjir di PPS Kampung Batu Anam.

Katanya, pihak kerajaan negeri akan menilai kerugian yang dialami sebelum sebarang bentuk bantuan disalurkan kepada kumpulan terbabit.

Loading...
Terkini