comscore
Tumpuan :
Nasional

Hamdan Senario tunjuk tanda positif

Hamdan kini ditidurkan di HSA, Johor Bahru akibat jangkitan kuman dalam darah.

JOHOR BAHRU: Isteri pelakon dan pelawak yang juga anggota kumpulan Senario, Norhamalini Ahmed, memaklumkan memaklumkan, memaklumkan, suaminya Ahmad Hamdan Mohamed Ramli, menunjukkan perkembangan positif.

Norhamalini 53, berkata, ketika melawat Hamdan di unit rawatan rapi (ICU), Hospital Sultanah Aminah (HSA) di sini, semalam, suaminya cuba mengerdipkan mata dan menggerakkan bibir.

“Semalam, pada jam 4.30 petang, saya melawat suami. Saya bisik di telinganya. Alhamdulillah, ada tindak balas. Suami cuba buka mata dan gerakkan bibir… Alhamdulillah.

“Doktor cakap dos ubat yang diberi kepada suami sudah berkurangan. Jadi, kalau hari ini keadaan suami terus positif, mungkin doktor tidak tambah dos ubat.

“Insya-Allah saya yakin dia boleh sedar. Saya mohon doa rakyat Malaysia untuk suami,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Semalam, Hamdan 54, dilaporkan kritikal selepas ditidurkan di HSA, di sini selepas didapati mengalami komplikasi buah pinggang.

Hamdan tiba di bandar raya ini dari Ipoh, Perak, Sabtu lalu bagi membuat persembahan bersama anggota Senario pada acara Wonderful Night With Senariounion di sebuah hotel di sini, kelmarin.

Bagaimanapun, Hamdan tidak dapat bersama kerana demam dan terjatuh sebelum dikejarkan ke HSA, kelmarin.

Acara sempena sambutan ulang tahun ke-27 Senario itu turut disertai Azlee, Wahid, Ilya, Apek dan Yassin.

Kelmarin, Anak bongsunya, Nur Natasya Umairah, 20 memaklumkan bapanya terpaksa ditidurkan di HSA selepas disahkan mengalami jangkitan kuman dalam darah dan cirit-birit.

Loading...
Terkini