Tumpuan :
Nasional

Hak untuk kesihatan harus dinikmati secara saksama

FOTO: Anwar Ibrahim/Facebook

KUALA LUMPUR: Hak untuk kesihatan harus dinikmati oleh setiap orang secara saksama tanpa mengira status atau perbezaan dan diskriminasi.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ia selaras dengan nilai dan prinsip Malaysia Madani kerana kerajaan mengiktiraf hak untuk kesihatan sebagai hak asasi manusia yang penting bagi mencapai kehidupan yang bermaruah.

Beliau berkata demikian sempena Hari Kesihatan Sedunia hari ini, yang bertemakan ‘Kesihatan untuk Semua (Health for All)’ di Facebook, di sini hari ini.

Anwar berkata, beliau juga komited untuk memacu pelaksanaan agenda ‘Kesihatan untuk Semua’ selari dengan penubuhan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) ke-75.

“7 April 2023 juga adalah ulang tahun ke-75 WHO. Justeru, sambutan Hari Kesihatan Sedunia ini turut mempamerkan perkongsian serta kerjasama erat antara kerajaan Malaysia dan WHO yang sudah terjalin sejak 65 tahun yang lalu.

“Malaysia akan terus bekerjasama rapat dengan WHO bagi mempromosi kesihatan, memelihara kesejahteraan serta memberi perkhidmatan kepada golongan rentan agar setiap orang di mana sahaja boleh mencapai tahap kesihatan dan kesejahteraan tertinggi,” katanya.

Loading...
Terkini