comscore
Tumpuan :
Nasional

Hajiji nafi ‘beli’ wakil rakyat pembangkang sertai Parti Gagasan Rakyat

Hajiji yang juga Presiden Persatuan Rumpun Bajausama Sabah, pada Majlis Perasmian Duang Festival di Kampung Lok Batik, Tuaran, hari ini. – Foto: Jabatan Ketua Menteri Sabah

TUARAN: Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor menafikan sekeras-kerasnya tuduhan membeli wakil rakyat pembangkang untuk menyertai Parti Gagasan Rakyat, sekali gus menyokong kepimpinannya.

“Saya menafikan sekeras-kerasnya tuduhan Presiden WARISAN, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, kononnya wakil rakyat parti itu yang keluar meninggalkan parti untuk sokong saya sebagai dibeli.

“Tuduhan Mohd Shafie itu tidak benar sama sekali kerana beliau marah dan kecewa selepas beberapa wakil rakyat parti WARISAN keluar.

“Boleh tanya sendiri kepada bekas wakil rakyat parti WARISAN mengnapa mereka bertindak demikian,” katanya ketika ditemui media selepas merasmikan Duang Festival empat hari di Rumah Kebudayaan Rumpun Bajausama di Kampung Lok Batik, di sini, hari ini.

Beliau berkata, apa yang jelas wakil rakyat pembangkang berbuat demikian secara sukarela dan bukanya dibeli.

Hajiji yang bakal mengetuai Parti Gagasan Rakyat, sebuah parti tempatan di Sabah berterima kasih kepada Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM), pimpinan Datuk Peter Anthony kerana menyatakan sokongan kepada beliau dan kerajaan negeri.

Katanya, beliau yakin lebih ramai pemimpin pembangkang di negeri ini bakal berbuat demikian, sekaligus memperkuat lagi jentera kerajaan negeri. – BERITA HARIAN

Loading...
Terkini