KUALA LUMPUR: Pelakon Hafidz Roshdi selamat melangsungkan pernikahan dengan wanita pilihannya Athira Yuhada.
Berita gembira itu dikongsinya di Instagram, sebentar tadi dengan memuat naik video majlis akad nikah yang berlangsung serta foto bersama isterinya.
Dalam perkongsian itu, Hafidz meluahkan rasa syukur apabila sah bergelar isteri kepada Athira.
“Alhamdulillah,” tulisnya berserta tanda pagar #HafidzAthira.
Sebelum ini, Hafidz enggan memberikan sebarang komen mengenai dakwaan dia bakal menamatkan zaman duda dengan Athira, hari ini.
Athira sebelum ini dikaitkan dengan punca pergolakan rumah tangga Hafidz bersama bekas isterinya, Nurul Shuhada.
Hafidz, 29, mendirikan rumah tangga dengan Nurul Shuhada pada 30 April 2016 dan pasangan ini bercerai pada 27 Julai lalu.
Hasil perkongsian hidup, Hafidz dan Nurul Shuhada dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Humairah, 6, dan Umar, 3.