Tumpuan :
Nasional

Hafidz, Nurul Shuhada hadir pengesahan lafaz cerai

SHAH ALAM : Pelakon Hafidz Roshdi tiba di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam, di sini, kira-kira jam 9.45 pagi bagi prosiding  sebutan pengesahan lafaz cerai beliau terhadap isterinya, Nurul Shuhada Mat Shukri, 29.

“Selepas perbicaraan saya akan beritahu,” kata Hafidz ringkas ketika ditemui media.

Sementara itu, Nurul Shuhada hadir pada waktu sama bersama peguamnya, Nurfarhana Abd Manaf.

Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam sebelum ini  menetapkan 9 Mei bagi sebutan semula kes cerai Hafidz dan isterinya, Nurul Shuhada susulan terdapat isu baharu apabila Nurul Shuhada mendakwa suaminya melafazkan cerai terlebih dahulu melalui aplikasi WhatsApp, 22 Januari lalu.

​​​​​​​Nurul Shuhada dilaporkan memfailkan perceraian di mahkamah itu pada 27 Februari lalu, susulan keputusan dan persetujuan kedua-dua keluarga.

Sebelum itu, adik Shuhada yang hanya mahu dikenali sebagai Sofia, memaklumkan Hafidz bercerai talak satu terhadap kakaknya  22 Februari lalu menerusi panggilan telefon.

Pada 13 Mac lalu, Hafidz  mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Kuala Kubu Bahru atas pertuduhan menumbuk pipi kiri Shuhada sebanyak tiga kali di susur keluar Plaza Tol Sungai Buaya, Hulu Selangor.

Mahkamah kemudian membenarkan Hafidz diikat jamin RM4,000 selain turut memerintahkan Hafidz dihantar ke Hospital Bahagia bagi menjalani rawatan psikiatri.

Loading...
Terkini