Tumpuan :
Nasional

Hadi Awang tidak hadir ke Parlimen kerana kesihatan tidak mengizinkan – Mohd Syahir

Ahli Parlimen Marang, Tan Sri Abdul Hadi Awang. – FOTO: NSTP

KOTA BHARU: Kesihatan Ahli Parlimen Marang, Tan Sri Abdul Hadi Awang masih tidak mengizinkan dan dalam tempoh pemulihan.

Perkara itu disahkan oleh Ahli Parlimen Bachok, Mohd Syahir Che Sulaiman yang memaklumkan Presiden PAS itu masih mempunyai beberapa rawatan susulan di sebuah hospital di Terengganu.

Katanya, surat dan sijil cuti sakit sudah dihantar kepada Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul.

Ahli Parlimen Bachok, Mohd Syahir Che Sulaiman

“Kesihatan Tuan Guru (TG) tidak mengizinkan, masih dalam tempoh pemulihan. Ada beberapa rawatan susulan di Terengganu.

“Surat dan sijil cuti sakit (MC) hospital sudah dihantar kepada Tan Sri Speaker semalam, 25 Februari,” katanya menerusi aplikasi WhatsApp di sini, hari ini.

Terdahulu media melaporkan, Abdul Hadi tidak kelihatan pada Istiadat Pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga, Parlimen ke-15 di Dewan Rakyat, hari ini.

Semasa Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim bertitah, kerusi presiden PAS di barisan hadapan blok pembangkang dilihat kosong.

Untuk rekod Abdul Hadi hanya menghadiri 33 daripada 103 sesi Parlimen sejak 26 Julai 2021, demikian menurut data yang dikumpulkan Malaysian Centre for Constitutionalism and Human Rights (MCCHR) melalui inisiatif MyMP.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini