comscore
Tumpuan :
Nasional

Guru pukul ibu minta wang belanja dapur, direman 

Foto hiasan

AMPANG JAYA: Berang kerana meminta wang belanja barang dapur, seorang wanita warga emas berusia 76 tahun dipukul anak angkatnya di rumah mereka di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Sungai Sering Ukay Indah, di sini.

Tindakan lelaki berusia 28 tahun itu yang juga guru di sebuah sekolah agama, mengundang padah apabila dia ditahan polis semalam.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail berkata, mangsa yang menjaga suspek sejak lahir membuat laporan polis jam 12 tengah hari pada 19 Januari lalu.

Katanya suspek marah apabila ibunya meminta wang belanja barang dapur dan kejadian itu menyebabkan mangsa mengalami sakit pada kepala, leher serta pinggang.

“Hasil pemeriksaan pegawai perubatan Hospital Ampang, mangsa mengalami kecederaan di kepala dan abdomen.

“Susulan itu, pada jam 12.30 tengah hari semalam, sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Daerah(BSJD) Ampang Jaya menahan suspek di perkarangan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohd Azam berkata, hasil ujian air kencing mendapati suspek negatif dadah dan mempunyai satu rekod kesalahan jenayah.

“Suspek direman empat hari bermula hari ini hinggga Ahad ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan,” katanya.

Loading...
Terkini