TANJONG KARANG: Seorang guru wanita maut selepas motosikal ditunggangnya dirempuh sebuah kereta ketika dalam perjalanan ke tempat kerjanya semalam.
Kejadian berlaku kira-kira jam 12.45 tengah hari di Jalan Tali Air 4 di Ban 2, di dengan mangsa yang berusia 46 tahun itu cedera parah pada perut dan disahkan meninggal dunia semasa dalam perjalanan ke Hospital Tanjong Karang.
Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintendan Azaharudin Tajudin berkata, nahas membabitkan motosikal Honda Wave ditunggang guru terbabit dan kereta Perodua Kenari dipandu lelaki berusia 52 tahun.
“Penunggang motosikal itu tercampak ke sisi kanan jalan dan mengalami kecederaan parah.
“Mangsa meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital,” katanya ketika dihubungi, hari ini.
Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.