Tumpuan :
Nasional

Guru lelaki positif dadah direman lima hari

Foto hiasan

Oleh Fareez Azman

PETALING JAYA: Seorang guru direman lima hari selepas didapati positif dadah jenis ganja di sini petang semalam.

Menurut Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar, lelaki berusia 40 an itu ditahan di Damansara Damai kira-kira jam 6.45 petang.

“Hasil pemeriksaan telah menjumpai dadah disyaki ganja anggaran berat 210 gram dengan nilai rampasan RM6,300.

“Ujian saringan air kencing mendapati suspek positif dadah jenis ganja,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Semakan awal mendapati suspek merupakan seorang guru di sebuah sekolah di Petaling Jaya dan tidak mempunyai sebarang rekod lampau.

Mahkamah Majistret Petaling Jaya telah membenarkan tahanan reman dibawah Seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah bermula 27 November hingga 1 Disember depan,” jelasnya lagi.

Siasatan lanjut mendapati dadah yang dirampas dipercayai bagi kegunaan sendiri.

Kes disiasat dibawah Seksyen 39B, Seksyen 39B (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman mati atau penjara seumur hidup dan juga tidak kurang 15 sebatan jika tidak dihukum mati.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini