comscore
Tumpuan :
Nasional

Guru, jiran tidak lapor jenayah seksual kanak-kanak boleh didakwa

PUTRAJAYA: Individu yang mengetahui wujudnya perbuatan penderaan seksual terhadap kanak-kanak tetapi tidak melaporkan kepada pihak berkuasa boleh didenda hingga RM5,000.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Azalina Othman Said berkata penguatkuasaan agresif dan tegas akan dilaksanakan termasuk mendakwa orang terdekat seperti cikgu atau jiran yang mengetahui kejadian sedemikian

”Adalah menjadi tanggungjawab bersama setiap orang yang berada dalam komuniti untuk sama-sama bertanggungjawab. bukan ahli keluarga sahaja. Jadi kami mahu melihat lebih jauh.

”Jadi saya cuba memikirkan rujukan pengadu yang dibuat, sama ada jiran yang sedar, adakah mereka melaporkannya atau tidak? adakah mereka perasan atau tidak?,” katanya.

Terdahulu, beliau melancarkan Aplikasi eKLINIK 6G Jabatan Bantuan Guaman di sini.

Tambahnya, kesalahan itu termaktub dalam Seksyen 19, Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual terhadap Kanak-Kanak 2017.

Beliau memaklumkan satu pertemuan dengan Bahagian Siasatan Jenayah Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak, D11 Bukit Aman dan pihak mahkamah akan diadakan, esok berhubung penguatkuasaan sepenuhnya akta itu.

Loading...
Terkini