comscore
Tumpuan :
Nasional

Guru dikhuatiri lemas ketika memancing di Sungai Pahang

Anggota BBP Maran memulakan operasi melakukan pencarian di permukaan air di lokasi kejadian. Foto Ihsan BBP Maran

KUANTAN: Seorang guru lelaki berusia 53 tahun dikhuatiri lemas ketika memancing di Sungai Pahang, berhampiran jeti Chenor, Maran dekat sini petang tadi.

Pegawai Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Maran Kapten Mohd Nor Azhar Yusof berkata mangsa, Murdani Ab Rahman ketika itu sedang memancing di atas rakit bersama rakannya, cuba mengambil kerusi di sebuah bot bersebelahan sebelum tergelincir.

Mangsa, Murdani Ab Rahman berusia 53 tahun disedari terjatuh ke dalam sungai oleh penduduk kampung di situ kira-kira jam 6.00 petang. Ihsan FB Tn Otai Jengka

“Mangsa telah disedari terjatuh ke dalam Sungai Pahang kira-kira pukul 6 petang dan satu laporan polis berkenaan dengannya telah dibuat. Susulan itu, Pusat Kawalan Tempat Kejadian (PKTK) telah diaktifkan bagi menjalankan usaha mencari dan menyelamat (SAR) mangsa.

“Proses pencarian (surface searching) bermula selepas taklimat oleh bomba dengan melibatkan pasukan bomba, APM dan juga polis,” katanya dalam kenyataan malam ini.

Beliau berkata operasi pencarian sedang berjalan hingga kini dan akan diteruskan sehingga mangsa dijumpai dengan kerjasama dan sokongan komuniti setempat. — BERNAMA

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini