comscore
Tumpuan :
Nasional

Guru BM, BI paling ramai bersara awal

FOTO: NSTP

KUALA LUMPUR: Paling ramai memilih untuk bersara awal ialah guru Bahasa Melayu dan Inggeris, sejak dua tahun lalu.

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek, berkata data yang direkodkan pihaknya mendapati kira-kira 6,890 pegawai dalam sektor perkhidmatan pendidikan memohon persaraan pilihan.

Beliau berkata, jumlah yang direkodkan Kementerian Pendidikan (KPM) itu merangkumi guru yang mengajar dalam enam subjek.

“Berdasarkan rekod bilangan pegawai perkhidmatan pendidikan yang memohon persaraan pilihan berdasarkan enam opysen utama tertinggi dari 2021 hingga 2022 adalah seperti berikut.

“Bahasa Melayu (2,862), Bahasa Inggeris (1,146), Matematik (1,015), Pendidikan Islam (755), Sains (629) dan Sejarah (483),” katanya dalam jawapan lisan yang dipaparkan di laman web Parlimen semalam.

Bagi permohonan bersara tahun ini, Fadhlina berkata ia masih dalam proses kelulusan dan sedang dipertimbang agensi pusat.

Persaraan pilihan dibuka untuk mereka yang berusia 50 tahun dalam sektor kerajaan yang dilantik selepas 1991.

Umur bersara wajib pula antara 55 hingga 60 tahun.

Loading...
Terkini