SHAH ALAM: Guru besar sekolah perlu memainkan peranan proaktif dengan turut sama ‘mengesan’ murid miskin.
Justeru, Perdana Menteri berkata penyelesaian perlu dicari bagi menyelesaikan isu yang dihadapi murid berkenaan.
“Kalau ada guru besar tengok murid ini masuk kategori ini (miskin) tak dapat (sumbangan tunai rahmah), kena cari mekanisme.
“Tidak boleh kata senarai kita sudah sempurna kerana kadang-kadang tertinggal. Jadi guru besar kena tengok anak miskin (di sekolah).
“Mungkin anak itu, dia bukan miskin tegar, mungkin dia tak makan, berpakaian compang-camping. Hal ini kita kena selesaikan,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap di Majlis Hala Tuju Pembangunan Pendidikan dan Masa Depan Masyarakat India di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC) di sini, petang ini.
Turut hadir Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek dan Timbalannya, Lim Hui Ying.
Untuk rekod, Perdana Menteri berkata sebanyak 8.7 juta penerima sumbangan tunai rahmah setakat ini, membabitkan peruntukan RM8 bilion