Tumpuan :
Nasional

Guna surat palsu menyamar pegawai TPM Fadillah

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof

KUCHING: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof, menafikan pihaknya mengeluarkan surat pelantikan individu sebagai pegawai di pejabatnya.

Fadillah berkata, surat palsu itu yang menggunakan kepala surat Jabatan Perdana Menteri atas nama beliau dikesan dihantar kepada seorang individu di Sarawak.

“Surat palsu itu kononnya mengenai pelantikan individu berkenaan sebagai pegawai di pejabat saya.

“Di sini saya mengesahkan bahawa tiada surat sedemikian yang dikeluarkan oleh pejabat saya dan ia adalah surat palsu,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Fadillah berkata, individu yang menghantar surat itu hanya memetik nama beliau tanpa ada sebarang tandatangannya.

“Sesiapa yang menerima surat sedemikian diminta supaya tidak mudah terpedaya dan merujuk kepada pejabat saya di talian 03-88724462 untuk pengesahan,” katanya.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini