Tumpuan :
Nasional

Gudang proses racun tikus musnah 80 peratus dalam kebakaran

Keadaan gudang proses racun tikus yang terbakar awal pagi tadi. – FOTO: Ihsan bomba

Oleh: Mas Zharif Zhafri Aziz Desa

BESTARI JAYA: Sebuah gudang memproses dan menyimpan racun tikus di Bestari Jaya, Selangor, musnah dalam kebakaran, awal pagi tadi.

Pusat Gerakan Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor memaklumkan pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bestari Jaya dibantu enam BBP lain turut dikerahkan ke lokasi kejadian.

“Kebakaran itu musnah kira-kira 80 perratus meliputi keluasan kira-kira 836 meter persegi.” katanya dalam satu kenyataan.

40 anggota dari BBP Kuala Selangor, Batu Arang, Kapar, Klang Utara, Rawang dan Sungai Besar mengambil masa kurang lima jam memadamkan kebakaran.

Bagaimanapun, tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan operasi pemadaman tamat sepenuhny ajam 10.30 pagi tadi.

Punca kebakaran masih dalam siasatan.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini