SUBANG JAYA: Gudang peralatan elektronik dan pelbagai lampu suluh di Jalan TUDM – Kampung Baru Subang, di sini musnah dalam kebakaran pagi ini.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima panggilan jam 3.44 pagi dan tiba di lokasi kejadian jam 4.06 pagi.
Menurutnya, seramai 29 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP)Bukit Jelutong, BBP Subang Jaya, BBP Sungai Buloh dan BBP Petaling Jaya dikejarkan ke lokasi kebakaran.
“Kebakaran membabitkan gudang peralatan elektronik (komputer dan lain-lain peralatan elektronik) dan pelbagai jenis lampu suluh.
“Peratus pemadaman sehingga kini 75 peratus dan kerja-kerja ‘overhaul’ sedang dilakukan,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.