SUNGAI BULOH: Sebuah gudang di Jalan IDA 1, Taman Perindustrian KIP, di sini, musnah dalam kebakaran, tengah malam tadi.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JPBM) Selangor Wan Md Razali Wan Ismail berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu jam 12.54 tengah malam tadi.
Sebuah gudang di Jalan IDA 1, Taman Perindustrian KIP, musnah dalam kebakaran, tengah malam tadi.
VIDEO: Ihsan JBPM Selangor pic.twitter.com/I6eN7eNlNw
— Buletin TV3 (@BuletinTV3) October 31, 2024
“Seramai 47 pegawai dan anggota bersama 14 jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Buloh, Selayang, Bukit Jelutong, Damansara, Petaling Jaya, Rawang, TTDI dan Manjalara dikejarkan ke lokasi.
“Sebaik tiba, kami dimaklumkan mengenai kebakaran membabitkan sebuah gudang penyimpanan tayar, bateri dan kereta ‘buggy’ golf,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Menurutnya, pihaknya berjaya mengawal kebakaran itu daripada merebak dan kerja-kerja pemadaman api giat dijalankan.
“Kebakaran itu menyebabkan 85 peratus kemusnahan terhadap gudang terbabit.
“Tiada mangsa dilaporkan cedera dalam kejadian terbabit,” katanya.
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.