Tumpuan :
Nasional

Gua Musang yang terbaharu, jadikan semua daerah di Kelantan dilanda banjir

Semua daerah di Kelantan dilanda banjir pagi ini susulan hujan lebat berterusan. Foto hiasan.

KOTA BHARU: Gua Musang menjadi jajahan terbaharu banjir menjadikan semua daerah di Kelantan dilanda banjir pagi ini susulan hujan lebat berterusan.

Satu pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di Gua Musang iaitu di Sekolah Kebangsaan (SK) Limau Kasturi 1 yang menempatkan enam mangsa daripada tiga keluarga.

Jumlah keseluruhan mangsa banjir di negeri ini juga meningkat kepada 33,163 orang daripada 9,986 keluarga sehingga 11.30 pagi ini berbanding 29,022 orang (8,745 keluarga) 8 pagi tadi.

Menurut Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), semua mangsa ditempatkan di 168 pusat pemindahan sementara (PPS) di 10 daerah.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini