comscore
Tumpuan :
Nasional

Grab Tidak Turunkan Bayaran Untuk ‘Rider’

KUALA LUMPUR: Grab Malaysia menjelaskan ia tidak pernah menurunkan kadar pembayaran untuk rakan penghantar atau ‘rider’.

Syarikat perkhidmatan e-hailing itu dalam satu kenyataan berkata, kebimbangan yang ditimbulkan adalah berikutan gangguan sistem Grab Malaysia yang dialami salah seorang rakan penghantar.

Ini apabila beliau menyedari terdapat percanggahan dari segi jumlah pembayaran.

Grab memberitahu ia telah menyelesaikan masalah itu dengan semua rakan penghantar yang terjejas melalui saluran komunikasi rasmi pada 21 julai lalu.

“Kami memohon maaf atas kesulitan yang mungkin timbul kepada rakan penghantar kami dan ingin menggalakkan rakan penghantar untuk menghubungi syarikat melalui Facebook atau mengunjungi Grab Driver Centre (GDC) sekiranya mereka mempunyai sebarang pertanyaan lanjut,” katanya.

Semalam dilaporkan bahawa rakan penghantar e-hailing melakukan boikot dengan tidak akan beroperasi selama 24 jam hari ini sebagai tanda tidak berpuas hati dengan syarikat penyedia perkhidmatan.

Loading...
Terkini