SUNGAI BULOH: Ahli Parlimen Damansara Gobind Singh Deo melawat keluarga kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin yang dilaporkan hilang sebelum ditemukan meninggal dunia, malam tadi.
Beliau tiba di perkarangan Bilik Forensik Hospital Sungai Buloh, kira-kira jam 2.50 petang tadi.
Mayat Zayn ditemui di saliran air kira-kira 200 meter dari rumahnya di Apartmen Idaman, Damansara Damai, kira-kira jam 10 malam tadi.
Penemuan kanak-kanak berusia 6 tahun itu susulan Op Tutup rumah ke rumah dijalankan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya yang bermula jam 9 malam.
Gobind berkata, pihaknya simpati dengan apa yang berlaku dan sudah menghulur bantuan bagi meringankan beban mereka.
“Buat masa sekarang proses bedah siasat sedang berjalan dan beri ruang kepada pihak berkuasa melakukan yang terbaik dalam kes ini .
“Kita harap ia dapat diselesaikan hari ini dan seterusnya jenazah dapat dikebumikan selepas itu,” katanya ketika ditemui media di pekarangan Bilik Forensik Hospital Sungai Buloh.
| ARTIKEL BERKAITAN
- Mayat Zayn Rayyan dijumpai dengan kerjasama polis & 200 penduduk
- [VIDEO] Kanak-kanak autisme Zayn Rayyan ditemukan meninggal dunia
- [VIDEO] Zayn dilihat masuk hutan?
- [VIDEO] Kehilangan Zayn Rayyan: Polis belum temui petunjuk
- “Saya harap ada orang baik yang temuinya”
- Dua kanak-kanak dilapor hilang
- “Saya tergerak hati untuk mencari di kawasan hujung anak sungai”
- Polis akan ambil keterangan ibu bapa, jiran Zayn Rayyan