comscore
Tumpuan :
Nasional

‘Go-Kart or Go Home’ acara amal pertama Go-Kart di UiTM Shah Alam

Oleh Azzarouq Zulkiply

SHAH ALAM: Selepas kejayaan Konsert Marcell Dua Dekade Live In Kuala Lumpur di Zepp Kuala Lumpur pada 9 Disember lalu, pelajar tahun akhir Perhubungan Awam Pusat Pengajian Komunikasi dan Media, Kolej Pengkomputeran, Informatik dan Media, Universiti Teknologi MARA (UiTM) atau lebih dikenali sebagai PRecise Agency telah menganjurkan acara amal Go-Kart yang pertama di UiTM Shah Alam.

Formula Kids merupakan acara amal oleh PRecise Agency yang dijayakan pada 8 Januari lalu di Padang Kawad UiTM Shah Alam selepas kejayaan Konsert Marcell.

Acara Formula Kids ini merupakan acara amal yang diketuai Zizie Zulieyana Zainuddin dengan bimbingan pensyarah, Abuzar Abdul Halim serta penglibatan Persatuan Rumah Kebajikan Anak-Anak Yatim dan Ibu Tunggal (Hajah Kamariah).

(Dari kiri) Zizie Zulieyana Zainuddin (Pengarah Program Formula Kids), Encik Muhammad Shafik Ridzuan Jailani (Pengarah Urusan The Jay Events & Media), Puan Noor Shidah Yahya (Penjaga Pusat Rumah Kebajikan Anak-anak Yatim dan Ibu Tunggal Hajah Kamariah), Puan Melina Mahpuz (Koordinator Kursus MC242), Encik Shamsul Haq Md Noh (COO EON Berhad), Encik Abuzar Abdul Halim (Penasihat Program).

PRecise Agency dalam kenyatannya berkata, acara amal ini turut mendapat kerjasama rakan kolaborasi utama PRecise Agency, iaitu EON Berhad, Encik Shamsul Haq Md Noh dan rakan strategik, The Jay Events & Media yang diasaskan oleh Encik Muhammad Shafik Ridzuan Jailani.

Mereka berganding bahu untuk memberi manfaat kepada Persatuan Rumah Kebajikan Anak-Anak Yatim dan Ibu Tunggal (Hajah Kamariah) dengan memberi pendedahan kepada anak-anak yatim dalam bidang automotif melalui acara Formula Kids ini.

“Selain minat dan bekerja dalam bidang automatif, hasrat zaman kanak-kanak saya tercapai dengan bermain Go-Kart dalam acara Formula Kids,” kata Encik Shamsul Haq Md Noh, Ketua Pegawai Operasi EON Berhad.

Acara Formula Kids ini bukan sahaja memberi pendedahan automotif, malah mereka dapat mengumpulkan dana sumbangan selain menyemarakkan keterujaan kanak-kanak dan ibu tunggal terutamanya yang meminati sukan itu.

Persatuan Rumah Kebajikan Anak-Anak Yatim dan Ibu Tunggal (Hajah Kamariah) yang hadir pada acara amal Formula Kids 8 Januari lalu.

Seramai 30 anak yatim dan 5 ibu tunggal terlibat dalam acara Formula Kids tersebut dari Persatuan Rumah Kebajikan Anak-Anak Yatim dan Ibu Tunggal (Hajah Kamariah).

Selain daripada Go-Kart Ride yang menjadi tumpuan utama, terdapat juga permainan papan bersaiz manusia dan lebih 30 penjual makanan seperti ‘food trucks’, barangan terpakai serta keperluan lain bagi memeriahkan lagi suasana pada hari tersebut.

“PRecise Agency mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan dan membawa kemenangan kepada acara Formula Kids. PRecise Agency juga berharap agar dapat menganjurkan lebih banyak lagi acara yang menarik dan mengagumkan pada masa hadapan.” kata PRecise Agency.

Untuk maklumat berkaitan PRecise Agency boleh didapati dengan melayari akaun Instagram @preciseagency.

Loading...
Terkini