comscore
Tumpuan :
Nasional

GISBH: Kanak-kanak belum dipulangkan kepada ibu bapa, dikhuatiri berlaku perebutan hak jagaan – Nancy

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri

KUALA LUMPUR: Kanak-kanak yang diselamatkan dalam Op Global membabitkan Global Ikhwan Services and Holdings (GISBH) masih belum dipulangkan kepada ibu bapa mereka kerana dikhuatiri berlaku kes perebutan hak jagaan.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Nancy Shukri berkata, pihaknya perlu lebih berhati-hati kerana bagi beberapa kes, terdapat permohonan yang dilakukan daripada ibu kanak-kanak tetapi bapanya juga membuat permohonan.

“Jika diberi (hak jagaan) kepada bapa, tetapi emaknya juga menuntut, kami yang salah. Ada temuduga perlu dilakukan. Saya harap orang ramai faham apabila anak-anak ini diselamatkan, ia bukan diambil daripada ibu bapa jadi kita yang memegang amanah untuk menjaga anak-anak ini perlu menjalankan tugas dengan betul mengikut lunas undang-undang.

“Kita perlu melakukan siasatan supaya anak diserahkan kepada ibu bapa yang sebenar. Takut ada kes yang bapa berkahwin lebih daripada satu. Kalau bapanya ambil kita takut isterinya yang lain menjaga (anak). Jadi proses ini kami perlu lakukan dengan teliti,” katanya, lapor BH.

Nancy turut berkata beliau juga mahu mempercepatkan kes ini dengan membuat permohonan terus kepada mahkamah tetapi perkara ini tidak mudah untuk diselesaikan.

Beliau turut mengingatkan ibu bapa kanak-kanak apabila dihubungi oleh JKM untuk ditemuduga, jangan pula kata bahawa JKM tidak pernah menghubungi mereka.

“Kita mahu serahkan anak ini kepada yang berhak. Sesetengahnya sudah tidak lagi bersama. Kita perlu ada kesangsian supaya kita dapat jalankan tugas dengan betul untuk keselamatan anak-anak.

Katanya lagi setakat ini, terdapat satu kes membabitkan perebutan hak jagaan.

Terdahulu, media melaporkan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) menerima 96 permohonan daripada ibu bapa yang mahu menuntut lebih 200 kanak-kanak yang diselamatkan dalam Op Global membabitkan GISBH dengan kerjasama JKM dan Institut Sosial Malaysia (ISM),” katanya.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini