comscore
Tumpuan :
Nasional

GISBH buat laporan polis, didikan songsang satu tuduhan berat

KUALA LUMPUR: Syarikat Global Ikhwan Service and Business Holding (GISBH) menyifatkan tuduhan didikan meliwat dan diliwat melibatkan kanak-kanak di rumah amal kendalian mereka sebagai satu tuduhan yang berat dan boleh menimbulkan prasangka serta fitnah.

Menerusi satu kenyataan media bertarikh semalam, GISBH akan membuat laporan polis agar siasatan dapat dijalankan dan membawa pihak yang berkenaan ke muka pengadilan.

“Pelbagai tuduhan dilemparkan kepada GISBH sejak akhir-akhir ini. Kami menafikan segala tuduhan tersebut kerana rumah amal itu jelas bukan di bawah kendalian GISBH.

“Bukan dasar kami untuk merancang dan melaksanakan perkara-perkara yang bertentangan dengan syariat Islam dan undang-undang negara,” jelasnya.

Media sebelum ini melaporkan polis menahan seramai 171 orang penyelia dan penjaga 20 buah premis yang disyaki mempunyai kaitan dengan sebuah syarikat tempatan menjalankan pelbagai perniagaan di Malaysia dan beberapa negara lain.

Menurut Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain, kesemua mereka ditahan dalam 20 serbuan yang dijalankan Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman bersama Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Kementerian Kesihatan (KKM) dan Jabatan Kimia Malaysia.

Menurut kenyataan itu lagi, tindakan undang-undang akan diambil ke atas mana-mana pihak yang sengaja berniat jahat mencemarkan nama baik GISBH.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini