PETALING JAYA: Kira-kira 200 orang mengiringi perjalanan akhir anak syurga Zayn Rayyan Abdul Matiin yang selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 9, Kota Damansara di sini, jam 7 malam ini.
Hujan gerimis menambah suasana pilu yang menyelubungi tanah perkuburan sebaik van jenazah tiba.
Kelihatan ahli keluarga, kenalan rapat dan jiran berada di tanah perkuburan.
Turut hadir, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, ACP Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid.
Allahyarham Zayn Rayyan merupakan anak sulung daripada dua beradik kepada pasangan Ismanira Abdul Manaf dan Zaim Ikhwan Zahari.
Kehilangan kanak-kanak istimewa itu dilaporkan sejak tengah hari Rabu, di Damansara Damai.
Sejak itu, laporan mengenai kehilangan kanak-kanak lelaki ini menjadi perhatian umum.
Ramai yang berkongsi di media sosial dan mendoakan agar mangsa ditemui dengan selamat.
Namun kira-kira jam 10 malam semalam, mayat Zayn Rayyan ditemui dalam aliran anak sungai berhampiran kawasan kediamannya selepas pencarian dilakukan dengan kerjasama polis dan kumpulan penduduk.
Mangsa ditemui terbaring di sungai yang terletak kira-kira 200 meter dari blok kediamannya di Apartmen Idaman.
Lebih memilukan, bapa Zayn Rayyan dilihat sukar menerima berita penemuan menyedihkan itu dan pengsan beberapa kali.
Kawasan parkir apartmen berkenaan juga dipenuhi ratusan orang yang berkongsi kesedihan keluarga mangsa, sambil ahli keluarga dan jiran menenangkan ibu bapanya.
| ARTIKEL BERKAITAN
- [VIDEO] Jenazah kanak-kanak autisme Zayn Rayyan dikebumi
- Polis akan ambil keterangan ibu bapa, jiran Zayn Rayyan
- Mayat Zayn Rayyan dijumpai dengan kerjasama polis & 200 penduduk
- [VIDEO] Kanak-kanak autisme Zayn Rayyan ditemukan meninggal dunia
- [VIDEO] Zayn dilihat masuk hutan?
- [VIDEO] Kehilangan Zayn Rayyan: Polis belum temui petunjuk
- “Saya harap ada orang baik yang temuinya”
- Dua kanak-kanak dilapor hilang
- “Saya tergerak hati untuk mencari di kawasan hujung anak sungai”
- Reda dengan ketentuan meskipun tidak menyangka pengakhirannya begitu – Ibu Zayn
- [VIDEO] Kematian Zayn Rayyan ada unsur jenayah – KP Selangor