comscore
Tumpuan :
Nasional

Gerhana matahari separa jelas di Tuaran dan Tamparuli

Foto NSTP – Orang ramai tidak melepaskan peluang melihat fenomena Gerhana Matahari Separa yang berlaku menggunakan cermin mata penuras cahaya di Planeterium Negara, Kuala Lumpur.

TUARAN: Gerhana matahari separa yang berlaku hari ini, kelihatan jelas di beberapa lokasi di Tuaran dan Tamparuli kerana faktor cuaca yang baik.

Fenomena itu boleh disaksikan bermula jam 11 pagi hingga selewat-lewatnya jam 2 petang bagi pemerhati di Sabah.

Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) dalam satu kenyataan, di Kota Kinabalu, Sabah permukaan matahari ketika maksimum adalah pada kadar satu peratus hingga 34 peratus dan yang tertinggi 43 peratus di Tawau.

Di Tamparuli, penduduk etnik Suang Lotud mengada ritual sempena gerhana matahari itu di Kampung Bantayan, yang mengikut kepercayaan mereka berharap fenomena itu tidak mendatangkan sebarang musbih kepada mereka.

Di bandar Tawau, dengan cermin mata gerhana (eclipse glasses) percuma diedarkan di kedua-dua lokasi bagi membolehkan pengunjung menyaksikan fenomena itu dengan selamat.

Orang ramai ada yang mengabadikan gambar gerhana sama ada menggunakan telefon pintar atau kamera digital lensa tunggal (DSLR).

Loading...
Terkini