Tumpuan :
Nasional

Gerakan Belia 4B Malaysia calonkan Mohd Ridhwan sebagai Presiden MBM

FOTO: Official Gerakan Belia 4B Malaysia / Facebook

KUALA LUMPUR: Gerakan Belia 4B Malaysia secara rasmi mencalonkan Datuk Mohd Ridhwan Mohd Ali untuk bertanding jawatan Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM) dalam Mesyuarat Perhimpunan Agung Tahunan (MPAT) ke-73 yang berlangsung dari 9 hingga 11 Januari 2025 di WTC Kuala Lumpur.

Pencalonan itu adalah berdasarkan mandat yang diberikan oleh perwakilan semasa Perhimpunan Agung Tahunan Gerakan Belia 4B Malaysia ke-45 pada 8 November 2024.

Mandat itu menetapkan Datuk Mohd Ridhwan sebagai calon tunggal yang mewakili Gerakan Belia 4B dalam pemilihan kepimpinan MBM tahun ini.

“Datuk Mohd Ridhwan membawa pengalaman lebih sedekad dalam memimpin gerakan belia dan diyakini mampu membawa aspirasi baharu yang selaras dengan hala tuju MBM.

“Beliau komited memperjuangkan agenda pembangunan belia melalui pendekatan inklusif, memperkukuhkan perpaduan, memperhebat kolaborasi, dan membuka peluang yang lebih luas untuk belia Malaysia.

“Dengan sokongan padu semua pihak, kami percaya Datuk Mohd Ridhwan mampu mencorakkan masa depan lebih gemilang untuk generasi muda dan negara yang kita cintai,” menurut kenyataan rasmi Gerakan Belia 4B Malaysia.

Sementara itu, Gerakan Belia 4B Malaysia menyeru seluruh perwakilan dan komuniti belia di negara ini agar memberikan sokongan penuh kepada Mohd Ridhwan dalam usaha menerajui MBM ke arah visi yang lebih progresif dan inklusif.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini