comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] #GengSubuhMacamJumaat: Subuh ‘Awak kat mane?’

FOTO: Tangkap layar video / Instagram _donjany

Oleh: Fahiz Ariff

PETALING JAYA: Usaha penyanyi dan pengacara Alif Satar melancarkan kempen #GengSubuhMacamJumaat baru-baru ini berjaya mencetuskan fenomena positif sehinggakan kempen berkenaan mendapat sambutan di luar negara.

Terbaharu artis Singapura Taufik Batisah, turut menyambut baik inisiatif itu.

Menerusi video tular yang dimuat naik oleh selebriti itu, program yang dianjurkan buat julung kalinya di Kota Singa itu telah dihadiri oleh ribuan jemaah.

Malah, video berkenaan turut meraih perhatian ramai, mana tidaknya kelunakan pelantun lagu ‘Sesuatu Janji’ ini melaungkan azan subuh nyata memukau jemaah yang hadir.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Donjany (@_donjany)

Dalam pada itu, Buletin TV3 turut mengintai di ruangan komen, rata-rata warganet memuji inisiatif yang dilaksanakan.

Tidak kurang juga ada netizen memuji Alif Satar kerana telah memulakan suatu perbaharuan yang hebat sampaikan ke Singapura auranya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Taufik Batisah (@taufikbatisah)

Alif Satar mendapat ilham mencetuskan kempen #GengSubuhMacamJumaat selepas mendengar ceramah seorang ustaz berkaitan isu Palestin.

Kata-kata seorang ustaz dalam satu kelas agama dihadirinya membuatkan Alif memulakan kempen memberi galakan kepada orang ramai menunaikan solat subuh secara berjemaah di masjid.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini