Tumpuan :
Nasional

Gempa Turkiye: SMART temui dua lagi mangsa runtuhan

KUALA LUMPUR: Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART) berjaya mengeluarkan dua lagi mangsa yang ditemui di bawah sisa runtuhan gempa bumi kuat yang melanda Nurdagi, Turkiye.

Dalam satu perkongsian hantaran di Facebook sebentar tadi, SMART memaklumkan mangsa berkenaan ditemui dan diselamatkan kira-kira jam 1 petang tadi (waktu Turkiye).

Bagaimanapun, mangsa berkenaan disahkan meninggal dunia.

“Sekitar jam 1 waktu tempatan (Turkiye), Pasukan MAS-01 dengan kerjasama penyelamat tempatan berjaya menemui dan mengeluarkan dua mangsa di bawah runtuhan bangunan dengan menggunakan peralatan memecah dan memotong serta bantuan ekskavator.

“Kesemua mangsa telah meninggal dunia. Salam takziah,” katanya.

Gempa bumi besar berukuran 7.8 pada skala Richter yang melanda selatan Turkiye dan barat laut Syria pada Isnin lalu, telah meragut ribuan nyawa. Kesan gegaran turut dirasai di Cyprus dan Lubnan.

Pasukan MAS-01 berlepas dari Malaysia pada minggu lalu, manakala pasukan kedua MAS-02 terdiri daripada JBPM, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan pasukan SMART. – BERITA HARIAN

Loading...
Terkini