Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Gempa bumi lemah di Ranau


Oleh: Safwan Sawi

KOTA KINABALU: Kejadian gempa bumi lemah dengan magnitud 2.9 dilaporkan berlaku di Ranau, Sabah pada jam 3.16 petang tadi.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) memaklumkan, gempa bumi tersebut dengan koordinat 6.0 darjah Utara dan 116.6 darjah Timur serta jarak 11 kilometer (km) Barat dari Ranau, Sabah.

FOTO: Ihsan Jabatan Meteorologi Malaysia/ Facebook

Gempa bumi dengan kedalaman 4 kilometer (km) itu menyebabkan gegaran dirasai di sekitar daerah berkenaan.

Susulan kejadian itu, MetMalaysia akan terus memantau keadaan di sekitar kawasan terbabit.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini