Tumpuan :
Nasional

Gempa bumi lemah di Kota Marudu

FOTO: Ihsan JBPM Sabah

Oleh: Safwan Sawi

KOTA KINABALU: Kejadian gempa bumi lemah dengan magnitud 3.8 dilaporkan berlaku di Kota Marudu, Sabah pada jam 10.39 pagi tadi.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) memaklumkan, gempa bumi terbabit dengan koordinat 6.3 darjah Utara dan 116.8 darjah Timur serta jarak 27 kilometer (km) Selatan dari Kota Marudu, Sabah.

Gempa bumi dengan kedalaman 10 km itu menyebabkan gegaran dirasai di sekitar daerah berkenaan.

Susulan kejadian itu, MetMalaysia akan terus memantau keadaan di sekitar kawasan terbabit.

Menurut Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah setakat ini tiada panggilan kecemasan diterima berhubung insiden berkenaan, namun pihaknya sedang membuat pemantauan di beberapa premis-premis berisiko.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini